Total Pageviews

July 9, 2009

kagum: MATRA BUANA

Mengagumkan! menarik! persembahan yang cukup membuatkan penulis tidak berganjak dari tempat duduk.. walaupun pada mulanya tanggapan penulis hanya program persembahan yang membosankan.

Yang menariknya dalam Program Penang Matra Buana 2009 ini adalah pengisiannya yang cukup membuatkan penonton terhibur dan memandang tinggi dengan kesenian melayu tradisional turun-temurun ini. Apa yang menariknya bagi penulis adalah kesungguhan penganjur memperkenalkan kepada mahasiswa-mahasiswi seperti penulis yang hanya tahu tentang kesenian melayu melalui penerbitan semata-mata. Malahan itu, penulis dapat melihat sendiri bagaimana keunggulan persembahan tradisional melayu melalui persembahan awang batil, tok selampit, dikir barat,hadrah, tarian canggung, boria dan juga wayang kulit yang unik. Walaupun kebanyakan penonton termasuklah penulis sendiri tidak sempat menyelami zaman-zaman kegemilangan persembahan tradisional ini, dengan adanya program seperti ini memberi seribu erti kesedaran kepada penulis betapa Malaysia terutamanya masyarakat melayu kaya dengan tradisi persembahannya.

Harapan penulis, program seperti ini akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang dan tidak ada salahnya pada pandangan penulis penganjur mengadakan pameran berkenaan program ini sebagai memberi pendedahan kepada generasi seperti kami ni.

1 comments:

ks30069 said...

salam lestari budaya...hehehe...

moga pengisian program tu mampu mempertingkatkan kesedaran tentang betapa kaya budaya kita....