Total Pageviews

October 16, 2011

puitis kata...

ketika kata cinta ingin diucapkan
kelu lidah, berdegup jantung untk lafazkannya..
ketika dia tersenyum mendengar kata cinta,
tercipta seribu kegembiraan kala tanda dia menerima..
indahkan,
bila ia bermula..
seindah pelangi yang terbit tika hujan berhenti,
harapannya,
pelangi itu akan terus indah dgn warnanya yang mempersona bak kata cinta..
walau jauh utk digapai, dekat untk dirasai nikmatnya..

June 9, 2011

bahasa sms.. jangan terlalu taksub

hai semua..


Kali ini penulis mahu mengupas isu berkenaan " Bahasa Melayu " yang menjadi kebimbangan warga pendidik..golongan pendidik di peringkat sekolah rendah, menengah dan tidak terkecuali kegusaran golongan pendidik di pusat pengajian tinggi. Isunya berkenaan pengaruh pelajar yang semakin aktif dan kreatif mengolah perkataan atau ayat Bahasa Melayu menjadi bahasa sms ( bahasa singkatan).. dan bertambah parah apabila perkataan atau ayat tersebut digunakan bagi menjawab peperiksaan.. hmm, mesti pening cikgu-cikgu mereka untuk memeriksa kertas peperiksaan. Ditambah pula, bahasa singkatan yang di gunakan hanya difahami di kalangan mereka dan rakan-rakan tertentu sahaja

Pengaruh penggunaan bahasa singkatan ini berkait rapat dengan penggunaan telefon bimbit, mahupun komunikasi tanpa sempadan yang sememangnya mahukan kepantasan dan memudahkan, contohnya melalui komunikasi rangkaian laman sosial yang semakin popular, " facebook".


Begitu juga yang berlaku di institusi pengajian tinggi, mahasiswa semakin berani menggunakan singkatan apabila di dalam " assignment" mereka akibat daripada pengaruh komunikasi seharian mereka. Tidak salah menggunakan bahasa singkatan untuk mencatat nota tetapi, gunakan Bahasa Melayu dengan betul dalam situasi tertentu. Misalnya dalam kajian, peperiksaan, surat dan sebagainya.


Memartabatkan Bahasa Melayu bermula dari kita semua sebagai rakyat Malaysia. Cintailah Bahasa Kebangsaan kita....

May 29, 2011

bertuahnya kita..

bertuah...

itulah perkataan yang terdetik di hati penulis dan mugkin di hati semua orang.. rakyat Malaysia..


mungkin selama ini perasaan seperti itu sudah wujud tetapi tiada kesedaran...alangkah bertuahnya penulis lahir di bumi Malaysia ini yang sememangnya aman dan damai, kaya dengan keindahan., tanpa ada peperangan dan rakyatnya yang pelbagai kaum, adat dan agama. Kebebasan yang cukup meluas tanpa sekatan walaupun masih lagi tidak menyalahi undang-undang.

Mungkin, sesetengah daripada kita berasa selesa berada dalam kepompong " ketenangan" seperti ini.. tetapi, masakan tidak semua ini bermula dari sebuah perjuangan kemerdekaan.. sejenak berfikir...


bermula daripada perjuangan mereka lah kita berada dalam keadaan sekarang dan kepada kita lah diperturunkan untuk mempertahankan keamanan negara ini..

May 22, 2011

praktikal kje..

assalamualaikum...

haa, dah masuk 2 minggu penulis menapak di pejabat ni.. praktikal kerja di sebuah pejabat seberang jambatan.."sejuk je bila melintas jambatan tu pagi2..angin sungai terengganu..;P...

sebelum jam 8 dah muncul kat pejabat ni, jam 5 alik la.
kje tidak la banyak sangat tapi, klu tetiba...amik kau." banyak jugak..
huh...secara total nyer, 6 bulan praktikal kje kat sini..harap leh kje tetap sebelom 6 bulan ni..
bila kje ni, terasa lak nk belajar.. arggh..rindunyer nak p kuliah..bawak buku berat2..beratur naik bas..buat assignment..hujung minggu tdoo..hehee..
rindu tu masa jadi pelajar..
pe2 pun, dah menapak kat pejabat ni..teruskan jer kan..moga segalanya berjalan lancar.;)

March 23, 2011

sejenak berfikir 02

bila di sekolah tadika...
mak bangunkan sambil pujuk,
ye la, susah sangat nk bangunnyer..
sabar nye mak kan.. bila layan kerenah kita ni..
hantar p tadika, tersenyum mak n ayah..
dah p sekolah rupenyer anak aku ni..
dah besar rupenya..


bila di sekolah rendah...
pagi2 mak bangunkan,

sediakan sarapan,
sediakan baju sekolah,
bedakkn sampai comel,
nk anak dia wangi p sekolah...
rajin jer dengar kata cikgu,
ada "homework"..sentiasa siap..
suka mak tgok anak dia rajin..

bila di sekolah menengah..
bangun sendiri la plak,
kata mak, " kamu tu dah besor panjang, pandai2 la wat sendiri"..

p sekolah, entah sampai ke tidak sekolah tu..
klu sampai..alhamdulillah..klu xsampai, entah kemana..
ada "homework", wat2 xtau jer..habis2 tiru kawan sebelah..
time sekolah bercinta monyet..
suka sangat duk berdua sambil tersengih2..

bila di universiti..
klu masuk universiti, mak ayah tersenyum.. klu x..
dah mula cari pasangan, katanya senang bila kuar nnti..

klu berjaya grad..bagus..klu extend byk kali? habis la...
mak n ayah tunggu je anak dia kuar universiti..
katanya, mesti kerja besar anak aku nnti..
tinggi harapan mereka kan?
xternilai rasanya pengorbanan mereka..
dari sekolah tadika sampai universiti..
apa pengorbanan kita plak???





March 2, 2011

rinduu...

hai...

" kalau waktu pagi, mesti ada orang tolong gerakkan aku bangun.
" ma".. "ma"... bangun..sambil dia cuit2 suruh bangun..kadang2 buat xtau jer, saje nk bermanja..nk tengok dia buat pe nk suruh aku bangun..hehee.. wowww... dia tarik selimut smbil membebel... hahaa..leh tahan cara dia ni.."
itu la ragam anak sedara aku yang comel.. kecik2 dah pandai kacau orang..hmm..tapi sekarang dah xde la macam tu..dia dah ikut mummy dia balik.. punya la rindu budak ni..asal aku lepas mandi jer, gerenti dia la aku usik, ajak kuar p main kat luar..fuuhhh, time tu la letih aku dibuatnyer.. lari punye la nakal..
jom aku kongsikan beberapa aksi comel budak ni, Puteri Nur Aisyah Adryana...

nie time dia kena duk dlm penjara...hehe..xleh kuar..wat muka seposen la tuu..



Nie pulak time dia sje je nk duk ngan aku..nk bermanja la tu..suka la ada org peluk dia..

March 1, 2011

bila nk tamat tempoh ~ " last minute "

Pe kbor semua...
Jam 9.30 pagi, 27 feb 2011..penulis sampai di pejabat pos.. masuk je pintu utama, waaa..panjang nyer orang beratur di kaunter.. dalam mata rabun (xpakai cermin mata) lama jugak la jengok kaunter pe..ha, kaunter yang panjang ni kaunter BAYAR SAMAN.
macam-macam ragam, yang moyok, mengeluh lambat, letih berdiri katanya dan ada plak yang buat2 tanya apa pasal ramai beratur... tu diaaa.. hampa bayar lambat apa pasal..???
kerajaan punye la murah hati memberi tempoh 6 bulan sebelum ni hingga 28 feb untuk membayar saman yang tergendala, pesalah-pesalah trafik ni buat xtau jer.. bila dah nk tamat tempoh buat bayaran, baru lah terngadah nak bayar...
Sikap ni la kot kebanyakan orang kita, " last minute" membuat bayaran.. korang jangan kata pulak penulis sma sekali.. penulis berkunjung ke pejabat pos itu cuma nak hantar surat n bayar bil jer..tapi boleh tahan la lama menunggu nombor giliran..no sekarang 2041, penulis punya 2081..ada la satu jam jugak menunggu.. maklumlah, sistem pun makin " low" bak kerana ramai yang nk bayar saman..dalam menunggu tu, boleh la tengok ragam pesalah-pesalah trafik ni.. jam 11.40 pg, penulis selesai urusan tapi yang berbaris panjang makin bertambah..
~peringatan buat kita semua, usahlah buat kerja last minute.. yang susahnya kita jugak.. kalau bayar awal kan xjadi macam ni.. dalam kerja lain, awalkan jugak ye..

February 28, 2011

facebook~ tempat luahkan perasaan?

Assalamualaikum..


Sudah lama rasanya penulis menyepi utk tulis bolg ni..rindu pun ada gak..
hmm.. maklumlah masing-masing dah menapak dan jatuh cinta dengan ruangan FACEBOOK (FB)..kata lain, MUKA BUKU..hehehe.. Saban hari, dari pagi, petang n malam asyik dengan facebook jer..klu x menjengok fB rasa xlengkap jer nak tau peristiwa, luahan dan cerita-cerita dari kawan-kawan.

Dari cerita selamat pagi, makan, ucapan besday, kata-kata perangsang, gambar-gambar individu hinggalah kepada luahan perasaan.. semuanya nak dicerita kepada rakan-rakan. Dari situasi ini, makin lama makin xberapa best jer dengan ruang sesawang ni..mana tidaknyer, makin ramai menjadikan ruang sesawang ini sebagai tempat luahan perasaan.. macam-macam ragam dari aspek masalah peribadi, baik masalah putus cinta atau masalah kehidupan seharian..
mungkin ini adalah satu cara untuk mendapatkan perhatian ataupun respon tetapi kalau difikirkan kembali, mungkin ruang sesawang ini menjadikan individu itu sebagai " pentas belakang" untuk penonton menilai aktor yang mementaskan aksinya yang berselindung di sebalik perwatakan sebenar..mainan emosi yang dipaparkan menunjukkan bahawa teknologi sekarang banyak memainkan emosi tanpa perlu tunjuk diri sebenar..

Jadi, usahlah kita tertipu dengan " pentas belakang" ini kerana ianya hanya melakonkan emosi plastik semata-mata bagi menarik perhatian.. gunakanlah laman rangkaian sosial ini sebagai tempat bersosial bukannya tempat meluahkan perasaan semata-mata.






October 15, 2010

selamat pagi CIKGU !!


hari makin berlalu pantas.. terasa sekejap je sebulan mengajar..
macam-macam kerenah budak-budak sekarang.. kadang2 rasa lucu pun ada sebagai guru ini..mengajar pelajar tingkatan 1 hinggalah 5 cukup mencabar bagi penulis..tambahan pula, ini adalah pengalaman pertama penulis sebagai guru walaupun hanya sebagai guru ganti. Bukan hanya sekadar tanggungjawab, kesabaran dan pergorbanan perlu banyak dicurahkan..

Malahan, suasana kembali ke sekolah kadang-kadang cukup terasa buat penulis yang kian lama meninggalkan alam persekolahan..
Pendidikan Seni Visual, mata pelajaran yang cukup penulis minat dan semestinya paling best dapat mengajar subjek ini.. tangan pun dah xsabar mencoretkan warna-warna kreatif di atas kertas dan idea-idea menarik untuk dikongsi..

Pe2 pun, cuba lah yang terbaik untuk berkongsi ilmu dengan pelajar.. Berharap segalanya berjalan lancar dan halangan itu sebagai jalan kejayaan.. Terima kasih cikgu..;)

June 25, 2010

rumah VS universiti

dah hampir sebulan duk kat umah..sekali sekala cuba sibukkan diri pergi kem pe yang patut..nak kjer rasa lom sedia ag.. tp resume still jalan jer hantar ceruk tempat.. MOGA2 dapat kje yang baik..

Rindu jugak suasana universiti time ni.. mane tidaknya, kesibukkan yang dirindui sangat..hahaa
time cibuk rasa tertekan jugak tp sekarang rindu nak buat sesuatu yang membuatkan diri xde masa yang terbuang..

Kat umah ni, tgok tv... layan budak2... makan,.. tdo.. arrgh.. mau x boring tu.. klu kat universiti, dapat gak sibukkn diri p program tiap hujung minggu.. wat asignment n kuar ngn member2 p jalan2...

* moga cepat2 dapat kjer tetap..

April 30, 2010

terima kasih USM

JAM 5 petang..30 april, Lo5..
dah berakhir paper exam last ku..
selepas ni xde ler nk masuk n duduk dewan exam lagi..
semuanya tinggal kenangan..

lagi beberapa hari akn balik umah..
rindunyer...
setelah tiga tahun dengan suasana kat sini..
uhuu.. mesti rindukan universiti dalam taman ni..

berakhir exam, maka blaja pun dah habis..
pasni xtau lagi, cm ne hidup ku..
kje...kje.. atau tanam anggur..hahaa
harap leh buat sesuatu nnti..
mesti rindukan kesibukan kat sini..
bila dah xsibuk cm dulu2..

pe2 pun, terima kasih USM..
kaulah ratu hatiku..
selama 3 tahun ku di sini..
macm2 pengalamn kat cini,
pahit, manis, msam n masin pun ada..
heheee... mesti xlupa la..
usm DIHATIKU..

DAKU KENANGKAN USM..

April 26, 2010

sejenak berfikir..

berkisar satu kisah yg sempat penulis kongsikan..
di sebuah stesen kereta api..kelihatan seorang pakcik tua bersama anaknya yang berusia 25 tahun.. mereka kelihatan ternanti2 kereta api berhenti di stesen tersebut.. maka, berhentilah sebuah tren..
pakcik tua ni pun naik bersama anaknya.. mereka duduk berhadapan dengan sepasang suami isteri...

huhh.. " best rupanya naik kereta api ni ayah", kata anaknya..
hmm.." cantik sangat pemandangan kat luar tu", ngomel anknya lagi..
waahh.." pokok tu kena tinggalkan jauh la ayah", kata anaknya sambil ketawa..
hahaa.. " tgok tu, bintang ikut kita la"..

ayahnya hnya tersenyum dan ketawa melihat telatah anaknya yang berusia 25 tahun itu..dan pasangan suami isteri yang duduk berhadapan mereka tersenyum2 melihat telatah anak pakcik tua tersebut smbil berbisik antara mereka..

isteri : " budak ni xpernah naik kereta api k?
suami : budak ini ada masalh mental kot..
isteri : tgok tu.. lagaknya macm budak2..
suami : buat malu jer...

tiba2, kelihatan hujan turun membasahi bumi.. suasana dalam tren tersebut terasa sejuk dan dingin.. si anak pun bertanya pada ayahnya lagi..

anak : ayah, boleh sya rasa air hujan ni..
ayah : boleh.. hulur lah tangan kamu tu keluar..
anak : sejuk nya air hujan ni...
si anak gembira dapat merasai kesejukan air hujan...

pasangan suami isteri terus menyapa,
suami : pakcik, anak pakcik ni knape?
pakcik : anak pakcik suka tu maen hujan..
isteri : pakcik, xbawak k anak pakcik ni pergi rawatan..cm xberapa betul jer..
pakcik : memang dah bawak.. dah 25 tahun dia ulang alik pergi rawatan.. baru hari ini dia dapat tgok dunia..
suami/isteri: tergamam n xterkata..

* pandanglah dari mata hati.. mana silapnya, dari kata-kata kita yang xbersyukur atas kurniaanNya atau memandang hina kepada yang kurang...