Total Pageviews

March 1, 2011

bila nk tamat tempoh ~ " last minute "

Pe kbor semua...
Jam 9.30 pagi, 27 feb 2011..penulis sampai di pejabat pos.. masuk je pintu utama, waaa..panjang nyer orang beratur di kaunter.. dalam mata rabun (xpakai cermin mata) lama jugak la jengok kaunter pe..ha, kaunter yang panjang ni kaunter BAYAR SAMAN.
macam-macam ragam, yang moyok, mengeluh lambat, letih berdiri katanya dan ada plak yang buat2 tanya apa pasal ramai beratur... tu diaaa.. hampa bayar lambat apa pasal..???
kerajaan punye la murah hati memberi tempoh 6 bulan sebelum ni hingga 28 feb untuk membayar saman yang tergendala, pesalah-pesalah trafik ni buat xtau jer.. bila dah nk tamat tempoh buat bayaran, baru lah terngadah nak bayar...
Sikap ni la kot kebanyakan orang kita, " last minute" membuat bayaran.. korang jangan kata pulak penulis sma sekali.. penulis berkunjung ke pejabat pos itu cuma nak hantar surat n bayar bil jer..tapi boleh tahan la lama menunggu nombor giliran..no sekarang 2041, penulis punya 2081..ada la satu jam jugak menunggu.. maklumlah, sistem pun makin " low" bak kerana ramai yang nk bayar saman..dalam menunggu tu, boleh la tengok ragam pesalah-pesalah trafik ni.. jam 11.40 pg, penulis selesai urusan tapi yang berbaris panjang makin bertambah..
~peringatan buat kita semua, usahlah buat kerja last minute.. yang susahnya kita jugak.. kalau bayar awal kan xjadi macam ni.. dalam kerja lain, awalkan jugak ye..

0 comments: