Total Pageviews

February 28, 2011

facebook~ tempat luahkan perasaan?

Assalamualaikum..


Sudah lama rasanya penulis menyepi utk tulis bolg ni..rindu pun ada gak..
hmm.. maklumlah masing-masing dah menapak dan jatuh cinta dengan ruangan FACEBOOK (FB)..kata lain, MUKA BUKU..hehehe.. Saban hari, dari pagi, petang n malam asyik dengan facebook jer..klu x menjengok fB rasa xlengkap jer nak tau peristiwa, luahan dan cerita-cerita dari kawan-kawan.

Dari cerita selamat pagi, makan, ucapan besday, kata-kata perangsang, gambar-gambar individu hinggalah kepada luahan perasaan.. semuanya nak dicerita kepada rakan-rakan. Dari situasi ini, makin lama makin xberapa best jer dengan ruang sesawang ni..mana tidaknyer, makin ramai menjadikan ruang sesawang ini sebagai tempat luahan perasaan.. macam-macam ragam dari aspek masalah peribadi, baik masalah putus cinta atau masalah kehidupan seharian..
mungkin ini adalah satu cara untuk mendapatkan perhatian ataupun respon tetapi kalau difikirkan kembali, mungkin ruang sesawang ini menjadikan individu itu sebagai " pentas belakang" untuk penonton menilai aktor yang mementaskan aksinya yang berselindung di sebalik perwatakan sebenar..mainan emosi yang dipaparkan menunjukkan bahawa teknologi sekarang banyak memainkan emosi tanpa perlu tunjuk diri sebenar..

Jadi, usahlah kita tertipu dengan " pentas belakang" ini kerana ianya hanya melakonkan emosi plastik semata-mata bagi menarik perhatian.. gunakanlah laman rangkaian sosial ini sebagai tempat bersosial bukannya tempat meluahkan perasaan semata-mata.






0 comments: